Halaman

Jumaat, 4 Januari 2013

Kek Coklat Masak guna Microwave


Assalamualaikum..Ini adalah kek pertama yg sy buat..kek ni teramatlah senang dan cepat dimasak selain dr rasanya yg sedap dan moist..
Seronok sgt mencuba resepi ni krn cara masak hanya menggunakan micowave..belum smpt habis basuh perkakas yg diguna kek dah pun siap masak...so pd sape2 yg xde oven bolehlah try..Insyaallah menjadi jika ikut resepi dgn betul..
Resepi ni sy ambil di My Resepi oleh fendi75.. Izinkan sy utk share resepi yg mudah dan sedap ni diblog sy ye en.fendi ;)

fendi75@myresipi.com
Kek coklat guna microwave
Masa penyediaan dalam 20 minit

Bahan-bahan ( 1 loaf poundcake )

100g mentega
100g gula
2 biji telur- dipukul sedikit.
40g tepung gandum
40g serbuk koko
1/2 sudu kecil baking powder

Cara-caranya

Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula sikit demi sikit. Pukul sehingga putih.
Masukkan pula telur sikit demi sikit. Pukul sehingga sebati.
Ayakkan tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam adunan tadi. Kacau sebati.
Masukkan adunan ke dalam acuan yg boleh diguna utk microwave.*sy guna tupperware ice cream je ;)
Kemudian masukkan ke dalam microwave. Masak selama 4 minit 30 saat - 5 minit dengan 500W.
Bila dah masak tu mungkin ada bahagian yg lembik. Jangan risau, kek tu dah masak sebenarnya.. bahagian lembik tu yg paling sedap. Kek ni sesuai juga dimakan dengan vanila icecream, jadikannya sebagai dessert

Kalau nak tmbh ganache pun blh..ni resepi utk Coklat ganache
Chocolate Ganache
300 g cooking chocolate
200 ml whipping cream
1 sudu besar mentega

- Didihkan whipping cream dan matikan api.  Masukkan coklat yang dipotong kecil2, kacau hingga larut.  Masukkan mentega dan kacau lagi..
Utk resepi ni akan dpt bnyk jika nak sedikit blhlah bahagi kpd setengah adunan saja..

Selamat mencuba..

1 ulasan:

  1. Nampak senang je nak masak kek ni..tq for sharing

    BalasPadam