Selasa, 15 Januari 2013
Kek Karamel
Assallamualaikum sume...Resepi yg mummy nak share utk kali ni Kek Karamel...haaa selalu kita tgk atau makan Karamel pudingkan..Xtaulah sape yg cipta resepi ni tapi memang sedapppppp sgt..hehehe panjang sedapnya....
Mana2 blog yg Mummy singgah baca mesti ada cite pasal kek ni...ermmm sedap sgt ke..Dek krn nak tau rasanya Mummy trylah buat..Yum yum..mmg sedap..
Resepi ni Mummy copy n paste dari blog kak ita masam manis.Resepi asal dari kak Munirah Baharum mohon halal ye kak resepinya...
Tapi yg Mummy buat ni utk gula hangus Mummy terlebih gula tu yg pic kek nampak lelehan airgula.hehehehe...Derhaka lagi...;P
KEK KAREMEL
by : Munirah Baharum
Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir
Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan
Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.
Merinque
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2
Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.
Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
Selamat mencuba.....;)
Jumaat, 4 Januari 2013
Kek Coklat Masak guna Microwave
Assalamualaikum..Ini adalah kek pertama yg sy buat..kek ni teramatlah senang dan cepat dimasak selain dr rasanya yg sedap dan moist..
Seronok sgt mencuba resepi ni krn cara masak hanya menggunakan micowave..belum smpt habis basuh perkakas yg diguna kek dah pun siap masak...so pd sape2 yg xde oven bolehlah try..Insyaallah menjadi jika ikut resepi dgn betul..
Resepi ni sy ambil di My Resepi oleh fendi75.. Izinkan sy utk share resepi yg mudah dan sedap ni diblog sy ye en.fendi ;)
fendi75@myresipi.com
Kek coklat guna microwave
Masa penyediaan dalam 20 minit
Bahan-bahan ( 1 loaf poundcake )
100g mentega
100g gula
2 biji telur- dipukul sedikit.
40g tepung gandum
40g serbuk koko
1/2 sudu kecil baking powder
Cara-caranya
Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula sikit demi sikit. Pukul sehingga putih.
Masukkan pula telur sikit demi sikit. Pukul sehingga sebati.
Ayakkan tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam adunan tadi. Kacau sebati.
Masukkan adunan ke dalam acuan yg boleh diguna utk microwave.*sy guna tupperware ice cream je ;)
Kemudian masukkan ke dalam microwave. Masak selama 4 minit 30 saat - 5 minit dengan 500W.
Bila dah masak tu mungkin ada bahagian yg lembik. Jangan risau, kek tu dah masak sebenarnya.. bahagian lembik tu yg paling sedap. Kek ni sesuai juga dimakan dengan vanila icecream, jadikannya sebagai dessert
Kalau nak tmbh ganache pun blh..ni resepi utk Coklat ganache
Chocolate Ganache
300 g cooking chocolate
200 ml whipping cream
1 sudu besar mentega
- Didihkan whipping cream dan matikan api. Masukkan coklat yang dipotong kecil2, kacau hingga larut. Masukkan mentega dan kacau lagi..
Utk resepi ni akan dpt bnyk jika nak sedikit blhlah bahagi kpd setengah adunan saja..
Selamat mencuba..
Catatan pertamaku
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Salam perkenalan dari sy sue.Sebagai pendatang baru dlm dunia bloger,sy amatlah mengalu alukan nasihat dan tunjuk ajar dari kakak2 abang2 yg dah lama berbloger.
Minat nak melahirkan blog ni bila sy mula cari resepi kek.Saya suka sgt baca blog2 pasal masakan,antara yg selalu saya tgk adalah blog kak Azlita masam manis,abg Mat Gebu,kak dayang jack,Ha sue dan ramai lagi.Mereka semua ni x lokek ilmu.
Alhamdullillah sume resepi mereka yg sy buat menjadi.Sy cuba nak komen kat blog2 mereka tapi x boleh,mungkin sbb sy xde akaun.Rasa mcm x best bila buat resepi org tapi x ucap terima kasih,so kat sini sy nak amik kesempatan nak ucap banyak2 terima kasih pd nama yg sy sebut diatas.
Last skali sy nak minta maaf klu apa yg sy tulis tersalah bahasa atau menyinggung perasaan..TQ ;
Langgan:
Ulasan (Atom)

